Monday, September 23, 2019

Ikan Siakap Masak Masam Manis

Assalamualaikum...

Ikan Siakap Masak Masam Manis Campak-Campak




Bahan Utama :-
Siakap : 2 ekor ikan sederhana besar

Bahan - Bahan Masakan :-
1. Bawang Putih : 5 ulas - diketuk
2. Bawang Besar : Separuh biji bawang besar. dipotong dadu
3. Halia : 2 inchi
4. Tomato :  1 biji dipotong dadu
5. Epal Hijau @ Nenas : Suku sahaja. Bagi rasa masam2 dalam masakan.
6. Cili Giling : 3 sudu besar
7. Sos Tomato : 3 sudu besar
8. Sos Cili : 2 sudu besar
9. Sos Tiram : 2 sudu besar
10. Garam : 1 sudu kecil
11. Gula : 2 sudu gula
12. Serai : 2 yang dititik


Cara Memasak :-

*Goreng ikan siakap terlebih dahulu sehingga garing. Bila dah masak kuah, baru ditabur atas ikan yg dah digoreng tadi.
1. Panaskan Minyak. Masukkan cili giling. Tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan halia, bawang putih & bawang besar. Masak sehingga kekuningan.
3. Masukkan serai & gaulkan sebentar.
4. Kemudian, masukkan sos tiram, cili & tomato. Gaulkan.
5. Setelah pecah minyak, masukkan epal hijau / nenas, kemudian tomato.
6. Setelah epal & tomato dah masak, taburkan garam & gula ikut citarasa anda.
7. Siap. Boleh dihidang makan bersama keluarga 😍


Selamat Mencuba 🌹

* lauk ikan ni masatu saya masakkan sekali dengan hidangan lauk
Hati Kambing Goreng Kunyit dengan Paru Kambing Berlado

No comments:

Post a Comment