Assalamualaikum & Hai Semua.
🍤 Udang Masak Raja 🍤
Bahan Utama :-
• Udang Galah / Udang Kulit Putih
Bahan-Bahan Kisar :-
• 4 ulas bawang putih
• 4 biji bawang merah
• 2 inchi halia
• 2 inchi lengkuas
• 2 inchi kunyit hidup
• 6 biji cili (ikut level kepedasan masing2)
• 2 sudu besar cili kering kisar
Bahan-Bahan lain :-
• 2 asam keping
• 2 batang serai (dititik)
• sedikit daun kunyit dihiris halus
• Garam & Gula secukup rasa
• 1 cawan santan (kalau nak berlemak letak santan, kalau tak suka tak payah letak pun takpe)
Cara Memasak :-
1. Tuang sedikit minyak
2. Tumiskan kesemua bahan kisar sampai naik minyak & bau
3. Masukkan serai, asam keping, garam & gula.
4. Kacau beberapa minit kesemua bahan bagi sebati.
5. Masukkan udang & gaulkan sekali sekala sehingga udang masak.
6. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul sebentar & siap.
Masakan dah S.I.A.P. 😍
Tips :-
*Masak udang jangan lama sangat nanti tak fresh & udang akan jadi keras.
*Udang yang dibuang kulit jangan digaul kerap dalam kuali kerana udang akan jadi hancur
Selamat mencuba ! 🌹
No comments:
Post a Comment